Saturday, April 17, 2010

Yes...


TORRES hangat dilaporkan akan dijual musim panas ini berikutan beban hutang RM1.16 bilion yang ditanggung Liverpool. Gambar kecil, Steven Gerrard

Spekulasi penjualan mereka musim panas ini tidak akan berlaku: Broughton

ENGLAND: Pengerusi baru Liverpool, Martin Broughton menegaskan tiada tekanan ke atas kelab itu untuk menjual pemain bintangnya - Fernando Torres dan Steven Gerrard musim panas ini.

Broughton, yang juga pengerusi British Airways, dibawa masuk untuk memantau penjualan Liverpool selepas pemilik bersama dari Amerika Syarikat, Tom Hicks dan George Gillett memutus menamatkan kewujudan kontroversi mereka di Anfield.

Broughton berkata, sejumlah dana disediakan menjelang jendela perpindahan musim panas ini dan pemilik baru mungkin akan mengambil alih tempat Hicks dan Gillett sebelum musim baru bermula.

Beban hutang Liverpool sejumlah 237 juta pound (RM1.16 bilion) menimbulkan spekulasi Torres dan Gerrard akan dijual musim panas ini, tetapi Broughton menjelaskan ia tidak akan berlaku.



“Saya tidak nampak sebab untuk penjualan itu berlaku,” kata Broughton. “Dana akan disediakan menjelang perpindahan musim panas ini, tetapi saya tidak akan dedahkan jumlahnya.”


Menurut Broughton, pemilik baru perlu membuktikan mereka mempunyai dana mencukupi untuk memacu kelab itu ke depan akan dianggap ‘gila’ sekiranya tidak meletakkan pembinaan stadium baru dalam rancangan mereka.

“Apa yang terbaik untuk kelab ialah seseorang datang dan membina stadium baru, memastikan kelab benar-benar disokong kewangan kukuh dan mempunyai dana mencukupi untuk memajukan kelab,” kata Broughton.



Broughton juga tidak mendedahkan berapa nilai sebenar kelab itu untuk dimiliki. Hicks dan Gillett membelanjakan sekitar 220 juta pound (RM1 bilion) ketika membeli Liverpool pada 2007 dan kini membuka bidaan pada harga 500 juta pound (RM2.5 bilion). – Agensi

p/s : mane pon gerrard berada aku akan sokong dia...heee...go.go gerrard n Liverpool

Hak milik Berita harian Ahad ( 18 April 2010 )

0 comments: