Sunday, April 25, 2010

Renungan bersama.....

1 minggu lepas seorang sahabat lamaku ada menceritakan
tentang apa itu pengkid...lesbian...beliau agak
keberatan untuk menceritakan semuanyer
kerana aku bukanlah dr golongan yg disebutkan diatas..
malah smsa beliau menceritakan pada aku..
aku terkebil2 n terperanjat kerana ramai
sahabat ku yg sudah terpisah hampir 9 tahun suda berubah
pada cinta songsang ini...
aku telah di tertawakan kerana tidak tahu apa2...
tapi aku xmalu kerna aku rasa menda ni xpenting
bg aku n aku doakan jauhkanlah diriku dari semua ini....
disini aku ada sedikit maklumat berkaitan semua ini .....

Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan perbuatan perempuan membuat penampilan seperti lelaki..Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.Golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki.

Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri.Hari ini kegiatan pengkid lebih terancang dan berani. Ia merupakan bencana sosial yang wajat dibendung dan tidak terus menjadi kudis dalam masyarakat.

‘Pengkid’ tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat, berbanding mangsa. Sejak 1988, kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ datang ke KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa.


FAKTOR


  • Dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, selain suasana negatif ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya. Mereka dikategori sebagai pemangsa atau mangsa.
  • Mereka terperangkap dengan pujuk rayu ‘pengkid’ asli yang pastinya mendatangi mereka dengan cara merayu, mengoda dan mencabul.Awalnya tidak suka, tidak mahu, tetapi mula menerima dan menyukai cara pemangsa. Mereka berjaya membentuk piramid yang membolehkan mereka membina rangkaian lebih luas.Ahli sub-budaya ini cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa yang sama. Ini bererti, apa yang dicari hanya kepuasan nafsu bukan hubungan sah melalui perkahwinan dan tidak mahukan anak.
  • Fenomena anak gadis terlibat dalam cinta songsang berpunca kepada keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain.
  • Kononnya hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan yang lebih.
  • Berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung.
  • Kurang kasih sayang juga antara penyumbang kepada gejala ini.Ramai ibu bapa hanya menjalankan tanggungjawab tetapi dalam jiwa mereka sebenarnya tidak melekat kasih sayang, kebahagiaan dan kemesraan.
  • Ramai juga berpendidikan tinggi tetapi golongan ini sebenarnya tidak mempunyai kemahiran sosial dan gagal mengawal emosi.


PANDANGAN ISLAM

Sejak dahulu tindakan dan perbuatan yang berlawanan jantina lahiriahnya dikatakan haram ,iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Tindakan ini dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah . Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh.

Sebuah NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur membantah fatwa ang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pengkid. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Yusri Mohamad mahu fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipertikaikan kerana ia sebuah institusi penting dalam Islam dan jarang dicabar. Kiranya ada bantahan dan rungutan, perbincangan tertutup yang disertai pakar-pakar hendaklah diadakan. Bukan Islam tidak patut campur tangan sebelum mereka mempelajari dan memahami al Quran dan Hadis. Majlis Fatwa merasakan wajar fatwa mengharamkannya dikeluarkan kerana Jakim menerima aduan. Oleh itu pada 23 oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. Pengerusinya ialah Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islam Hadhari (Damai), Amran Zakaria bersedia mengatur pertemuan antara pihak NGO dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu fatwa itu. Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian. Ivy Josiah melihat kes ini menyekat kebebasan wanita selain menjadikan negara ini dipandang serong dan ditertawakan negara luar. Beliau mungkin berasa malu kerana ditertawakan oleh negara luar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Ivy Josiah tidak hanya menggunakan logik akal sahaja kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada peranan lelaki di kalangan perempuan itu.




0 comments: