Tuesday, April 27, 2010

demam

xsampai 1 minggu balek kg...
aku demam..klow ikutkan ari ni hari kew
4 kat kg....sampai umah flu n batuk...
xbest nyerlah....
huhu...
nak egang anak saudara pon payah..
takot berjangkit...p klow xdok
owg aku pegang gak...
xkan nak biar dia nangis lak...
hehe

Sunday, April 25, 2010

Renungan bersama.....

1 minggu lepas seorang sahabat lamaku ada menceritakan
tentang apa itu pengkid...lesbian...beliau agak
keberatan untuk menceritakan semuanyer
kerana aku bukanlah dr golongan yg disebutkan diatas..
malah smsa beliau menceritakan pada aku..
aku terkebil2 n terperanjat kerana ramai
sahabat ku yg sudah terpisah hampir 9 tahun suda berubah
pada cinta songsang ini...
aku telah di tertawakan kerana tidak tahu apa2...
tapi aku xmalu kerna aku rasa menda ni xpenting
bg aku n aku doakan jauhkanlah diriku dari semua ini....
disini aku ada sedikit maklumat berkaitan semua ini .....

Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan perbuatan perempuan membuat penampilan seperti lelaki..Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.Golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki.

Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri.Hari ini kegiatan pengkid lebih terancang dan berani. Ia merupakan bencana sosial yang wajat dibendung dan tidak terus menjadi kudis dalam masyarakat.

‘Pengkid’ tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat, berbanding mangsa. Sejak 1988, kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ datang ke KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa.


FAKTOR


  • Dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, selain suasana negatif ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya. Mereka dikategori sebagai pemangsa atau mangsa.
  • Mereka terperangkap dengan pujuk rayu ‘pengkid’ asli yang pastinya mendatangi mereka dengan cara merayu, mengoda dan mencabul.Awalnya tidak suka, tidak mahu, tetapi mula menerima dan menyukai cara pemangsa. Mereka berjaya membentuk piramid yang membolehkan mereka membina rangkaian lebih luas.Ahli sub-budaya ini cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa yang sama. Ini bererti, apa yang dicari hanya kepuasan nafsu bukan hubungan sah melalui perkahwinan dan tidak mahukan anak.
  • Fenomena anak gadis terlibat dalam cinta songsang berpunca kepada keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain.
  • Kononnya hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan yang lebih.
  • Berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung.
  • Kurang kasih sayang juga antara penyumbang kepada gejala ini.Ramai ibu bapa hanya menjalankan tanggungjawab tetapi dalam jiwa mereka sebenarnya tidak melekat kasih sayang, kebahagiaan dan kemesraan.
  • Ramai juga berpendidikan tinggi tetapi golongan ini sebenarnya tidak mempunyai kemahiran sosial dan gagal mengawal emosi.


PANDANGAN ISLAM

Sejak dahulu tindakan dan perbuatan yang berlawanan jantina lahiriahnya dikatakan haram ,iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Tindakan ini dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah . Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh.

Sebuah NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur membantah fatwa ang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pengkid. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Yusri Mohamad mahu fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipertikaikan kerana ia sebuah institusi penting dalam Islam dan jarang dicabar. Kiranya ada bantahan dan rungutan, perbincangan tertutup yang disertai pakar-pakar hendaklah diadakan. Bukan Islam tidak patut campur tangan sebelum mereka mempelajari dan memahami al Quran dan Hadis. Majlis Fatwa merasakan wajar fatwa mengharamkannya dikeluarkan kerana Jakim menerima aduan. Oleh itu pada 23 oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. Pengerusinya ialah Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islam Hadhari (Damai), Amran Zakaria bersedia mengatur pertemuan antara pihak NGO dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu fatwa itu. Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian. Ivy Josiah melihat kes ini menyekat kebebasan wanita selain menjadikan negara ini dipandang serong dan ditertawakan negara luar. Beliau mungkin berasa malu kerana ditertawakan oleh negara luar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Ivy Josiah tidak hanya menggunakan logik akal sahaja kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada peranan lelaki di kalangan perempuan itu.




Saturday, April 24, 2010

NEW DESIGN

cantik kan.....



ni lagi smart





dengan adayer baju baru ni...
maka xlama lg aku akan memilikinyer lah...
sebelum ini ada tajaan yg menyebabkan aku xnak li..
skrg tanpa was2 lg...hee

Thursday, April 22, 2010

akhirnye

alhamdulillah.....

dah berakhir sem 4 untuk semester 2009/2010...
sabtu ni dh nak balik semananjung...
pada 23 jun 2010 dh kena daftar balik
untuk kursus Pembantu Universiti...
untuk persediaan menanti ketibaan pelajar baru...
sama2 kita nantikan...
babai...

Monday, April 19, 2010

KISAH ADIK HANA

Tengah blogwalking tadi terjumpa post pasal adik Hana ini di blog member ku..Sungguh menyayat hati aku...dan sesiapa saja yang mengikuti kisah ini...Rasa sebak dihati aku. Simpati pada keluarganya terutama si ibu yang mengandungkannya selama 9 Bulan...Sila baca entry ini hingga habis...abaikannya jika anda tidak suka baca entri panjang lebar...

Copy Paste dari Blog SHUHA SHUSI.

KAWAN AKU MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAHagar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

Apalagi yang mampu aku lakukan selain mendoakan untuk adik Hana..Marilah kita sama-sama berdoa untuk si kecil ini...


Saturday, April 17, 2010

Yes...


TORRES hangat dilaporkan akan dijual musim panas ini berikutan beban hutang RM1.16 bilion yang ditanggung Liverpool. Gambar kecil, Steven Gerrard

Spekulasi penjualan mereka musim panas ini tidak akan berlaku: Broughton

ENGLAND: Pengerusi baru Liverpool, Martin Broughton menegaskan tiada tekanan ke atas kelab itu untuk menjual pemain bintangnya - Fernando Torres dan Steven Gerrard musim panas ini.

Broughton, yang juga pengerusi British Airways, dibawa masuk untuk memantau penjualan Liverpool selepas pemilik bersama dari Amerika Syarikat, Tom Hicks dan George Gillett memutus menamatkan kewujudan kontroversi mereka di Anfield.

Broughton berkata, sejumlah dana disediakan menjelang jendela perpindahan musim panas ini dan pemilik baru mungkin akan mengambil alih tempat Hicks dan Gillett sebelum musim baru bermula.

Beban hutang Liverpool sejumlah 237 juta pound (RM1.16 bilion) menimbulkan spekulasi Torres dan Gerrard akan dijual musim panas ini, tetapi Broughton menjelaskan ia tidak akan berlaku.



“Saya tidak nampak sebab untuk penjualan itu berlaku,” kata Broughton. “Dana akan disediakan menjelang perpindahan musim panas ini, tetapi saya tidak akan dedahkan jumlahnya.”


Menurut Broughton, pemilik baru perlu membuktikan mereka mempunyai dana mencukupi untuk memacu kelab itu ke depan akan dianggap ‘gila’ sekiranya tidak meletakkan pembinaan stadium baru dalam rancangan mereka.

“Apa yang terbaik untuk kelab ialah seseorang datang dan membina stadium baru, memastikan kelab benar-benar disokong kewangan kukuh dan mempunyai dana mencukupi untuk memajukan kelab,” kata Broughton.



Broughton juga tidak mendedahkan berapa nilai sebenar kelab itu untuk dimiliki. Hicks dan Gillett membelanjakan sekitar 220 juta pound (RM1 bilion) ketika membeli Liverpool pada 2007 dan kini membuka bidaan pada harga 500 juta pound (RM2.5 bilion). – Agensi

p/s : mane pon gerrard berada aku akan sokong dia...heee...go.go gerrard n Liverpool

Hak milik Berita harian Ahad ( 18 April 2010 )

Al - Fatihah


KERETA Toyota Estima yang dinaiki bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenar, Murad Md Shari, 28, dan sepupunya Salihin Md Salleh, 29, terbakar selepas terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, petang semalam.

video




SEREMBAN: Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas selesai menjalani rakaman program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Salihin yang masih dalam keadaan terkejut memberitahu dia tertidur sepanjang perjalanan dan tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku.


“Apabila sedar, saya berada di tepi lebuh raya dan dalam kesakitan,” katanya yang patah tangan kiri dan kaki kanan sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.


Katanya, mereka bertolak dari pejabat perniagaan buku dan produk kesihatan milik Achik di Muar, Johor, kira-kira jam 7 pagi semalam ke Angkasapuri dan bertolak pulang ke rumah penyanyi itu di Seremban 2, kira-kira jam 4 petang.


Seorang saksi kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu dipercayai sudah meninggal dunia.
“Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat. Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak," katanya.


Sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.10 malam dan berjaya memadamkan kebakaran tidak lama kemudian.


Acik yang berasal dari Felda Sendayan, dekat sini menyerlah dalam bidang seni ketika bersama Kumpulan Spin melalui album Roda Roda Rindu.


Lagu Paling Comel dinyanyikannya bersama Nana atau Siti Nordiana Mohd Alias mendapat sambutan hangat peminat sehingga melonjakkan nama Achik dalam bidang muzik. Allahyarham juga pernah dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke-17 menerusi filem Diari Romeo pada 2004.


Achik yang mengahwini HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, pada 2005 kehilangan anak sulung, Puteri Rania pada 29 Mac 2007 ketika berusia dua bulan disebabkan masalah usus dalam perut.


Sementara itu, Rosezaitul atau Tasha yang dihubungi Berita Minggu, tidak mampu berkata-kata kerana masih terkejut mendengar berita sedih itu, sebaliknya panggilan dijawab seorang gadis yang mendakwa sepupunya, Nurul Fazarin Roseli, 25, memaklumkan mereka dalam perjalanan ke HTJS. “Maaf... Tasha tak mahu bercakap dengan sesiapa, dia masih terkejut bila menerima berita kematian Achik. Kami dalam perjalanan ke hospital kerana baru saja dimaklumkan bahawa jenazah akan dihantar ke sana,” katanya.


Sebelum kemalangan, Achik bersama Nana baru saja menjayakan persembahan bersama RTM yang disiarkan secara langsung menerusi TV2, iaitu program hiburan Gah 1. Mereka sempat mendendangkan lagu baru, Cari Ketenangan dan Achik sendiri menyanyikan lagu solo barunya, Engkau Yang Ku Cinta.


Usaha mendapatkan komen Nana mengenai kejadian itu tidak berhasil apabila dia tidak membalas kiriman SMS mahupun menjawab panggilan telefon.


BERITA HARIAN..AHAD ( 18 APRIL 2010 )



Layakkah digelar MAHASISWI??


tak tahu lah apa perasan aku sekarang der....
sangat marah dengan tindakan minah yg xtaw nak hormat
orang lain....dia ingat apa yg dilakukan kecik kew....
apa perasan kamu semua klow kamu dikatakan 'B...'
marah kan??bengang semua ada...
dah lah mengganggu orang lain nak stdy...
pastu orang lain terpaksa mendengar
carutan yang dikeluarkan...
satu blok terkejut dengan tindakkan minah
yang xtaw menghormati penghuni lain....

malah aku n ketua blok yang pergi menegurnyer telah
dipanggil 'b...'..memang panas lah der...
nasib baik x makan penampor jew td cz rumet dia
terus kunci pintu....
tp kau ingat kau leh terlepas...
semua penghuni blok mmg sakit hati ngan tindakan kau...
gaduh dalam telepon mengalahkan
bergaduh ngan owg yg ada depan mata...
otak takde kot...
nak kata bodoh kau bdk U....
fikir sendiri lah weh.....

p/s:wat sesuatu fikir kai otak....

Thursday, April 15, 2010

TEAM KESUKAAN N PLAYER KESAYANGANKU



Piala dunia tinggal 56 ari sahaja lagi....
jangan lupa menyaksikan perlawanan secara langsung
yang akan disiarkan di Tv 1...
jangan ketinggalan menyokong pasukan pilihan
anda semua...nak taw pasukan pilihan aku n
player kesayanganku????
hehe....
jom...jom....

Pasukan England...
nak taw nape aku sokong England??
nantikan jawapan nyer...


pasukan Brazil...
sebab apa suka brazil...
suka dengan gaya dan skill yang ditunjukan...
permainan yg nmpk tenang...

pasukan Sepanyol/Spain
banyak betoi pasukan kesukaan aku erk....
p Sepanyol ni pemainan dia agak egresif
dr Brazil....
walaubagaimanapun, pasukan pilihan utama
aku ialah Brazil..dari dulu,kini n selamanya....


Hah..mamat ni lah wat aku suka pasukan England...
Steven Gerrard....

hensem, pun hensem....
pemainan dia pon menarik....

aku rasa dia lg layak memegang cap captain
dari John terry tu...
tak pewlah...captain Liverpool pun dh k....


kehebatannyer terserlah...nantikan aksi
Gerrerd di Piala Dunia Afrika Selatan nanti...
nasib baek ct sem...dapat lah aku menatap
muka Gerrard sepuasnyer...
hehe....


No Boby ....

video

hehe....No boby versi Malaysia....
bukan No Body versi Korea....
agak menarik gak lah tarian diowg nie....
bape lama berlatih agaknye...
aku pon xselembut nie...
heee

Tuesday, April 13, 2010

selesai suda utk ari ni

alhamdulillah..soalan kbkk utk subjek
keusahawanan agroteknologi tadi aku dapat jawab...
entah berapa helai kertas habis aku mengarang jawapan
untuk 3 soalan...yg dasyat sekali
soalan no 2 mintak dibuat ringkasan rancangan perniagaan....
aku fikir gak nak isi apa..at list aku isi
ringkasan ekslusif syarikat, visi, misi n matlamat.
ye lah..klow nak ikutkan rancangan perniagaan ( RP )
agak tebal gak lah muka suratnyer....
pew2 pon aku dh berjaya menjawab paper utk ari nie...
paper akan dtg pada ari khamis nie...
hehe...menghafal..
( tinggal 4 paper lagi )

~~babai~~

Sunday, April 11, 2010

mood...mood...mood...




stdy week??apa yg dah aku prepar???
bape bab yg dah aku tamat??
huhu..satu pew pun aku xbaca g...
pew nak jadi nie.....
selasa nie paper KEUSAHAWANAN AGROTEKNOLOGI..
mood stdy dtg lah.....huhu
mood stdy x kunjung tiba..
yg dtg mood berblog....
huhu...apa nak jd lah ngan aku nie...
mgkn mood nak balik kg kuat sgt nie.....

mlm td masa abes ngan bola piala FA jew...
menjerit sampai xingat dunia...
sampai kena marah ngan senior...
wat xtaw jewlah...he..jahat toi...
cr pasai mggu stdy week...mmg kena soundlah..
padan muka...p wat muka xmalu jew...
bukan aku sowg jew yg menjerit...
cz agak ramai yg layan bola mlm td...
semua blok layan bola...hahaha....

mood stdy...mane kau...
ni semua angkara subjek selasa ni
xdok nota...ye lah..aku nak stdy pew
klow dh lecture aku xbg nota...
dia bg taw pon soalan KBKK yg keluar...
jd aku stdy paper khamis lah...
PENGENDALIAN DAN PEMPROSESAN PRODUK PERTANIAN..
agak susah gak...

semua geng aku malah rumet
aku yg tahun akhir nie pon
mengugut xdok mood nak stdy...
semua dah biul agaknyer...
mcm2 hal lah bila dh nak final...
pe2 pon aku nak ucapkan selamat
menghadapi final exam pd
semua student UPMKB yg akan
bermula pd 12 APRIL ni..pastu kita
balik kg ramai2 erk...biar 1 flight tu penuh
student UPMKB jew...
hehe



SUATU TEMPAT YANG MENARIK




hari ni aku telah pergi satu tempat yg agak asing bg
aku yg sekian lama telah hanpir 2 thn merantau di bintulu nie....
agaknyer klow emma n shue xajak aku ikut, aku xkan dpt
tgk tempat nie..yelah...nak g tempat cam nie mesti kena ada tujuan
n owg yg ditempatkan kat sini dikalangan org yg berada jew...
klow aku kot xkan dpt duk tempat nie.....mekasih emma n shue ajak aku
teman kowang...g pun mmg tanggungjawab kita pun
untuk melawat alia hari nie.....
jeng...jeng...jeng...



inilah tempat yg aku maksudkan...HOSPITAL COLUMBIA ASIA...
dasyat gak nama hospital nie...mula2 aku sampai agak terkejut...
cz hospital ni nmpk cam gudang penyimpanan barang dari belakang....
malah hanya terdapat 3 buah kereta n 2 buah motosikal jew yg ada
kat kwsn parking.....nilah hospital swasta yg terdapat
kat Bintulu ini yg baru siap 40%...p dah ambik pesakit...
hebat...


sempat gak lak aku berposing depan Hospital ini....
hehe...tujuan aku dtg sini pon melawat salah seorang junior blok aku
yg sakit...kesian toi kat dia nie...sem lepas masuk hospital gak..
disebabkan H1N1...p hospital Kuala Lumpur...
sem ni pon dimasukkan hospital akibat mslh luka operation belum
baik bhgn dlm n telah menyebabkan jangkitan pd bhgn lain...
yg wat aku sedey cz sok hari pertama final exam...
dia terpaksa tangguh final n wafi ( presiden yg turut melawat bersama
kami telah selesaikan mslh final dia nie..)


ni emma yg aku maksudkan..( timb 1 MTM )
sempoi jewkan .....


hehe...ni lak shue ketua blok aku, cosmate aku, geng aku dlm MTM n
tuan punyer koleksi gmbr nie...aku copy dr dia jew...hahaha..
malas nak mengedit....dia rajin mengedit...
mekasih shue....



aktiviti kami setelah pulang dr hospital....
mkn KFC tuk santapan mlm....
nanti mlm x payah gelabah mencari mkn dh...he

menu yg dimakan oleh aku n shue...
kami cuma makan zinger burger...memandangkan
kami dah makan nasi goreng sblm ke hospital ( selera kg mari )
tp still licin...hujan n ari pon dh petang...


aksi boring menunggu hujan reda....sebenarnya
kami ke hospital berlima dgn menaiki 3 buah moto...
aku n shue, azim n wafi manakala emma solo.....
geng yg pergi melawat alia ni semua yer dr
MTM ( Majlis Tertinggi Mahasiswa )....
wafi ( presiden ), emma ( timb presiden 1), aku ( biro sukan n reakrasi siswi ),
shue ( ketua blok F ) n azim ( ketua blok D )..
shaparwi ( biro kebajikan siswa ) turut hadir tapi tidak dtg sama
ngan kami....kami pulang dlm hujan yg lebat...
terpaksa redah juga utk blik balik cz kami masih lom solat asar
memandangkan hari dah semakin petang n jam pul menunjukkan angka 6...
sudah hampir masuk waktu maghrib....




alia kami doakan alia cepat sembuh n esok kami akan dtg melawat lg...
wat masa skg jgn fikir sal final...p fikir sal kesihatan
tu dulu...wafi n emma dah selesaikan mslh alia...
kitaowg membantu apa yg termampu.....

~~ babai ~~

Sunday, April 4, 2010

kalah lagi....

Hari ini perlawanan terakhir Liga Bola Sepak Kementerian Pengajian Tinggi
zon Sarawak.....perlawanan antara UPMKB vs UNIMAS.....
keputusan nya sgt mengecewakan bg tuan rumah
UPMKB....nasib tetap sama mcm perlawanan
dengan UITM 2 minggu lepas....



ni lah permain pasukan UPMKB...kurang latihan n strategik.
banyak yg perlu diperbaiki.



pemain pasukan UNIMAS...badan atlet semua...
mcm mane lah UPMKB x kalah...dah mmg
budak sukan....



mcm2 aksi kelakar berlaku ketika perlawanan berlangsung..
aku n mber yg menjaga bahagian score board tergelak
sakan jew tgk...nak tolong xleh...hahaha...




ni lah tempat aku n mber menyaksikan aksi2
lucu dr pasukan UNIMAS...ada satu kejadian pemain UNIMAS
dihalau keluar oleh pengadil perlawanan ketika kaki kejang ...dah
lah terlantar kat c2 dekat 3 minit pastu pengadil datang suh kuar...
xtahan gelak toi.....pastu pemain UNIMAS yg banyak menjaringkan
gol lak bernama "Marcus Jamban"....komersil
toi nama dia nie....




ni lah keputusan setelah wisel penamat dibunyikan....
tuan rumah kalah lagi.....pendapat aku lah utk pasukan UPMKB....
perbanyakkan latihan serta memilih pemain yg
betoi2 hebat.jgn bile ada satu2 kejohanan baru nak cari permain..
sediakan lah satu pasukan yg memang terlatih
seperti acara lain gak...ble ada kejohanan baru
nak cari permain...susah lah mcm tu...
pew2 pon...cayok UPMKB....

p/s: selamat menghadapi Final Exam kpd cosmate serta student UPMKB
yg akan berlangsung pd 12 April 2010 ini...pastu balik kg lah
kita....

Friday, April 2, 2010

aktiviti luar jangka....


setelah seminggu bermatian menyiapkan
rancangan perniagaan ( RP ) untuk
present dan report yg hampir semua cosmate ku
meletop otak semalam...akhirnya semalam
pada tarikh 1 April kami merdeka dr mslh
RP...aku n cosmate merancang aktiviti yg dapat menghilangkan
tension dikepala sblm menjelang FINAL 13 April nie....
perancangan diatur...n akan dilaksanakan pada 2 April
iaitu Jumaat...( kebetulan sabah n sarawak ct good friday )
aktiviti pertama yang dilakukan awal pagi...he
kuar kul 8 pg naik moto ngan SYIRA membeli
bahan utk membuat BBQ....kul 9.30 balik...tugas memerap dilakukan
oleh HAIFA n THE GENG ( fina, ct, esah, shuha )...
kul 10 kuar g airport tuk check tket...nak pastikan
tket betul tarikh penerbangan n masa...( masa penerbangan
dah diubah kul 6.20 pm..sampai LCCT kul 8.20 pm )
pastu balik kul 1 n kul 2 memulakan aktiviti membakar ayam...
( dlm aktiviti ni xsemua cosmate girl terlibat..yg terlibat cuma 15 jew..)
kami masak tomyam, BBQ ayam, budu goreng n air sirap )
kul 6 kami siap masak n makan....
manakala aktiviti terakhir kami tuk hari tu ialah
FUTSAL.....
cosmate boy n girl trn p xsemua..... mmg enjoy
sgt cz kami main dalam hujan n kebykkan bdk perempuan
xpenah main futsal...hanya beberapa jew yg taw main
termasuk aku...hehe....
mcm2 gaya lah yg kuar....boleh dikatakan
gaya permainan mlm tu ibarat main ragbi sentuh versi futsal....
haha... yg penting kami seronok.....kul 10.30 bdk kami pulang
n bdk lelaki meneruskan permainan enth sampai
kul bape pon aku x taw lah....









ni gaya cosmate lelaki aku main....abg nuar

pon da gak erk....









ikut arahan aku klow kau nak main...hehe








bergambar setelah sejam bermain tanpa henti di
dalam hujan yg lebat....







salam dahulu sblm memulakan permainan...







ada gaya lah kami nie...ikut susunan g....




p/s : mekasih cosmate semua....berjaya melaksanakan aktiviti tanpa diduga....sekali gus berjaya mengubat kerinduan aku pada futsal...sem ni sekali pon xdok pertandingan futsal dianjurkan...maka selama itulah aku xtrn main...skrg aku dah melepaskan kerinduan pd FUTSAL....he

Thursday, April 1, 2010

PENIPUAN SEORANG IBU

selamat membaca dan jadikanlah renungan bersama...

Ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

i DO love my mum! :')