aku demam..klow ikutkan ari ni hari kew
4 kat kg....sampai umah flu n batuk...
xbest nyerlah....
huhu...
nak egang anak saudara pon payah..
takot berjangkit...p klow xdok
owg aku pegang gak...
xkan nak biar dia nangis lak...
hehe
kehidupanyangslumber.blogspot.com
Posted by noraini ibrahim at 7:32 PM 0 comments
Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan perbuatan perempuan membuat penampilan seperti lelaki..Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.Golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki.
Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri.Hari ini kegiatan pengkid lebih terancang dan berani. Ia merupakan bencana sosial yang wajat dibendung dan tidak terus menjadi kudis dalam masyarakat.
‘Pengkid’ tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat, berbanding mangsa. Sejak 1988, kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ datang ke KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa.
PANDANGAN ISLAM
Sejak dahulu tindakan dan perbuatan yang berlawanan jantina lahiriahnya dikatakan haram ,iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Tindakan ini dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah . Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh.
Sebuah NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur membantah fatwa ang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pengkid. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Yusri Mohamad mahu fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipertikaikan kerana ia sebuah institusi penting dalam Islam dan jarang dicabar. Kiranya ada bantahan dan rungutan, perbincangan tertutup yang disertai pakar-pakar hendaklah diadakan. Bukan Islam tidak patut campur tangan sebelum mereka mempelajari dan memahami al Quran dan Hadis. Majlis Fatwa merasakan wajar fatwa mengharamkannya dikeluarkan kerana Jakim menerima aduan. Oleh itu pada 23 oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. Pengerusinya ialah Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.
Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islam Hadhari (Damai), Amran Zakaria bersedia mengatur pertemuan antara pihak NGO dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu fatwa itu. Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian. Ivy Josiah melihat kes ini menyekat kebebasan wanita selain menjadikan negara ini dipandang serong dan ditertawakan negara luar. Beliau mungkin berasa malu kerana ditertawakan oleh negara luar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Ivy Josiah tidak hanya menggunakan logik akal sahaja kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada peranan lelaki di kalangan perempuan itu.
Posted by noraini ibrahim at 7:11 AM 0 comments
Labels: informasi
Posted by noraini ibrahim at 8:56 AM 0 comments
Labels: liverpool
Posted by noraini ibrahim at 8:45 AM 0 comments
Posted by noraini ibrahim at 10:00 AM 0 comments
Labels: informasi
Posted by noraini ibrahim at 4:48 PM 0 comments
Labels: liverpool
Posted by noraini ibrahim at 4:14 PM 0 comments
Posted by noraini ibrahim at 7:41 AM 0 comments
Posted by noraini ibrahim at 5:23 AM 0 comments
Labels: sukan
Posted by noraini ibrahim at 3:18 AM 0 comments
Labels: funny
Posted by noraini ibrahim at 8:39 AM 0 comments
Posted by noraini ibrahim at 7:03 AM 0 comments
Posted by noraini ibrahim at 6:11 AM 5 comments
Posted by noraini ibrahim at 11:46 AM 0 comments
Posted by noraini ibrahim at 8:46 AM 0 comments
Posted by noraini ibrahim at 4:12 AM 0 comments