Wednesday, August 26, 2009

Istimewa Saat Ramadhan

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.




Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

sALaM rAmAdHan...

Salam ramadhan semua....


Rasa nya tak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blogger...baru ari ni aku berkesempatan untuk update blogger dan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua....


Setelah 5 hari berpuasa rasa nya terlalu cepat masa berlalu...sok dah masuk hari ke enam puasa...memang itu lah yang akan dirasa oleh semua pelajar yang menuntut di sini...masa terlalu cepat berlalu.....



Sekali lagi saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa n menunaikan solat terawih....cari lah sebanyak mungkin amalan di

Monday, August 17, 2009

H1N1

baru jew reda kemarau kat
UPM Bintulu ni....
p H1N1 lak yang melanda.....
semua aktiviti

yang dirancang terpaksa dibatalkan .....
sekarang aku n semua warga UPMKB
diqurantin....
takut??
tu dah semestinya coz
kawan aku salah seorang positif
n aku mesti g wat check sebelum
pew2 berlaku....

Thursday, August 13, 2009

eNjOy jEr kAmI nIe...




senyum tu kan bagus....



yang ni aku nak tunjuk mber yang kat belakang tu....bukan yang depan...hiii...ni lah cosmate yang paling kecik sekali....dia cakap tinggi dia luw 160 n dah turun 2 inci cz banyak jalan...p aku rasa tinggi dia dalam 145 jew kot...hahaha....



yang ni geng2 curi tulang....p yang kai tudung biru tu x lah....tu paling rajin sekali....hihi...




yang ni lak ketua kepada ketua hantu....tu yang dia cakap lah....jangan memain ngan dia....bahaya.....t dia x nak fotostat kan nota lak....



yang ni group ayam aku....yang kai baju merah tu fatin, yang kai baju coklat tu mus...ni budak paling malas group aku....pastu wafi..fieqa n ada.....setakat ni, yam kami x dok mati g....syukur....


ni lah serba sedikit kehidupan aku sebagai pelajar perladangan yang banyak amali....penat tu x payah nak cakap lah....p seronok tu hanya kami jew yang dapat nikmati....lebih-lebih lagi duk kat upm kampus bintulu ni.....

semester yang memenatkan....


sem ni memang jadual padat sangat.... rasa nye susah nak da masa free mcm sem 1...belum pon abes test 1, dh kena ikut akt sukan uniputra....belum ilang penat sukan uniputra nak kena ikut akt kemerdekaan...ngan kawad nyer n mcm2 g... dah lah aku yang ambik kos ladang ni byk amli.. ngan kul 6 pagi nak kena g reban...kelas padat sampai petang...pastu nak kena siram tanaman lak n bagi makan ayam....bile masa lah aku nak rehat.. cuti mix sem pon padat ngan akt...huhu.... teruk lah macam ni...boleh kurus..... bulan posa dah x lama g....sem ni kali ke2 aku x balik beraya kat kg halaman tercinta.sem ni raya kat sarawak lagi lah....tp aku dh plan nak jalan kuching....hihi.....

Wednesday, August 12, 2009

hILaNgkAn bOrinG

salam semua....

aku wat blog ni untuk saje
suka-suka jew....

nak hilang kan bowink
dan meluahkan perasan....

mungkin kat blok ni tempat
aku menenangkan fikiran satu

masa nanti....
wat masa ni
aku terlalu bizi tapi

masih sempat curi masa tuk
wat blog ni....